Tuesday 25 October 2011

EAT..LOVE..PRAY..SINGLE LIFE ;))

Hiiiiii..wah semangat pulak nak menulis kali ini..setelah agak lama xmenjenguk blog ku ini,teringat lak..hehehe.. baca balik yang lepas2 mcm xpercaya jerk telah berjaya mengatasi masa yang sukar..hmm,tak mau sedih-sedih lagi la sebab semuanya aku ambil sebagai kenangan walau pahit untuk ditelan..sedangkan orang berkahwin pun bercerai,apatah lagi cuma bercinta..

Kini walau aku di single kembali,aku memang sangat HAPPY..serius memang aku HAPPY..tipulah kalau memori bersama si dia tidak pernah muncul kembali tapi tak mengapalah kalau dia muncul didalam memori..hehehe..aku memang terpikat dengan novel Eat..Pray..Love..itulah aku buat sekarang..Aku makan makanan yang paling aku suka dan mahu menikmati semua makanan halal yang orang cakap sedap,,pertama sekali aku buat adalah makan SUBWAY..walau orang lain mcm dh nk terjolok tekak makan benda alah ni,aku pertama kali mencuba dengan kawan aku Nurul Hakimah.Dia ni jenis on je makan mana-mana,xpenah berpantang makan,tapi pantang kalau x makan..hehehe..dia ajar aku makan SUBWAY..

EAT..Selama ni takut je nampak tembam atau gemuk,sekarang dh xpedulik..kalau kurus hati merana buat apa kan..lagipun aku bukan ada kontrak dengan mana-mana agensi modelling pun sampai nak kene diet.So apa rasa nak makan aku akan makan..sebut je KFC,MCD,PIZZA,BURGER KING,ASAM LAKSA,RED VELVET...semua aku bedal sampai perut cukup ketat..bila dh makan,mula la borak benda kelakar dan bergosip dengan kawan baik..,masa itu ketawa menjadi peneman setia..hati girang xterkira melupakan duka dan nestapa..hati yang terluka bagaikan disapu ubat perlahan-lahan.


Kehidupanku semakin berwarna semula..aku berseronok menikmati alam remajaku dan bujangku..biarlah berseronok kini sebelum memegang apa sahaja status..biarlah aku nk berseronok sampai pukul berapa..dengan siapa..mahu pakai macam mana..sekarang aku adalah raja kepada diri aku sendiri..let dance together..get on the dance floor..turn off the light...party was start.. ;)) kebebasan dahulu sudah ku miliki semula..bukanlah sebelum ini aku dikongkong cuma selama ini semua ku tinggalkan demi menjadi kekasih hati yang baik..tapi apa yang aku dapat???? kembali single je aku dapat..hehehehe...

PRAY..sebagai hambaNya aku akui sering terlalai namun kini berusaha untuk mendekatiNya semula. Mungkin kerana itu Dia menurunkan cabaran buatku supaya aku kembali kepadaNya..Nurul selalu menasihati aku menangislah pada Allah dan bercerita dengan Allah,rahsia kita akan tersimpan rapi walau apapun keadaan malah Allah sentiasa bersedia mendengar kerana Dia adalah Maha Mendengar. Segalanya ku curahkan kepadaNya malah Dia juga aku pohon penunjuk untuk memutuskan hubungan dahulu..bukan dia jodohku..


LOVE..aku kini belajar untuk menyintai diriku sendiri dan menyintai orang yang menyayangi diriku seadanya..aku ubah dirinya yang tidak elok dan pelbaiki mana yang kurang kerana diriku hanya aku sahaja yang mampu membantu..apapun harap menemui cinta sejati kelak.Amin

Thursday 6 October 2011

I''ll Be Back Or No Turning Back????



Jam sudah menunjukkan jam 3.30 pm..aku melabuhkan badan kepenatan..dah 3 hari demam..mata memandang bumbung...fikiranku kosong...badan mula merasa dingin melihat tingkap umpama mengalukan kehadiran angin.. Terus aku bangun dan cuba menarik tingkap. Semasa mahu kembali baring aku ternampak sekeping foto aku bersama guru bahasa inggeris tingkatan 4 dari USA terjatuh diatas lantai.. ku kutip dan cuba mencari albumnya semula..bila sudah jumpa aku menyelak satu persatu foto yang ada..hati dicuit rasa lucu melihat wajah zaman sekolah dahulu...mak ai,muka aku cukup innocent dengan t-shirt dan seluar sukan sahaja..mekap????huh??xknal lansung pun.lepas mandi boleh terus keluar sahaja tanpa memikirkan penampilan...

Tanganku terus menyelak satu persatu sehingga muncul sekeping foto aku bersama seseorang jejaka.Aku memakai vest putih dan si dia disampingku menghulurkan senyuman mahalnya..wajahku semasa itu turut menguntumkan senyuman manis..senyuman yang cukup bahagia menanda hati sedang bahagia bersama sang pujangga...memori aku terus melayang bagaikan kembali ke saat foto itu diambil.Ingatanku jelas kembali ke 2009 pada masa itu.

Aku baru 2 hari kembali ke Malaysia setelah hampir 2 minggu berada di Perancis. Bau Eiffel Tower juga masih segar diaromaku..malam itu aku berada dirumah sewaku cuma berehat..aku mendengar lagu kegemaranku ''bahasa kalbu'' dari TT DJ. Tiba-tiba hp aku berbunyi lagu Allif Aziz ''Sayang-Sayang'' terus terpampang nama si dia..senyuman terukir lalu menjawab panggilannya. Dia mengajak aku makan dan aku terus bersetuju kerana sudah pastilah makan malam bersama insan dicintai amat sedap dan indah sekali walaupun menu cuma sandwich dan diet coke..tanpa berfikir panjang aku terus mencapai vest putih milik temanku kerana itu sahaja yang terdekat..walaupun agak seksi,aku pakai aje sebab malas nk mencari yang lain dh..aku tahu dia pasti akan mengerling panas ke arah aku nanti kerana dia cukup tak suka aku pakai baju yang lelaki berminat memandang...hehehe...

Jam sudah 8.30 malam,kereta Kelisa miliknya tiba..masih ku ingat t-shirt hitam yang dipakai adalah hadiah dariku..senyumannya menyambut aku. Didalam kereta dia cuma mendiamkan diri,apa sahaja yang aku bebelkan dia cuma menggangguk tanpa memberi sebarang jawapan..akhirnya aku merajuk kerana umpama bercakap sendirian..aku bertanya pada dirinya mahu makan dimana pun dia cuma mendiamkan diri..aku pelik..''apahal la mamat ni,,menyesal aku kuar..tido lagi bagus''..suasana didalam kereta sepi..dia terus memandu laju memasuki kawasan apartmentnya..hati aku terdetik,untuk apa dia membawa aku ke apartment dia??hati diusik bimbang...apabila sudah parking kereta,dia turun membukakan pintu untuk aku..       

''I need to get my stuff,u want to follow or just sit in the car?''aku terus berdiam,masih merajuk..dia tersenyum dan menarik tangan aku lembut turun dari kereta..aku cuma ikut tanpa membantah..Dia masuk kerumah sendirian dan aku menanti diluar kerana dia cuma cakap sebentar sahaja..15 minit menanti aku menjengah kedalam rumah..sepi...aku memanggil tiada jawapan...hati dicuit bimbang...aku melangkah masuk tergesa-gesa.Belum sempat aku memanggil namanya semula,ternampak meja makan dihias indah..walaupun cuma simple tapi cukup comel..rupanya dia sudah menyediakan kejutan buatku..tiada sebarang hari istemewa cuma mahu meraikan aku sahaja kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama..itulah juadah yang paling enak pernah kurasa..juadah yang aku nikmati dengan penuh rasa cinta..

Malam itu umpama hari kami berdua..menikmati makanan enak,bergurau senda,aku ketawa sehingga tiada titisan kesedihan bersisa didalam hati...aku memandang jam sudah 5am..aku memohon diri untuk pulang..dia terus mendiamkan diri,tanganku digenggam erat umpama tidak mahu melepaskan aku..aku bertanya dia terus membisa,.segala keceriaan diwajahnya sepanjang malam bertukar sekelip mata..dengan wajah berat dia meluahkan pada aku..air matanya mula bergenang....''I will going to United Stated tomorrow..I will come back after 4 years..''..hilang kata-kataku sebentar...aku cuma menenangkan walau hatiku sendiri tidak tenang..''No..no..listen..we have to move on..long distance relationship is not for me..and is not for u too..is not for us..''.Akhirnya malam itu menjadi titik noktah buat kami......malam yang ku sangkakan manis rupanya bukanlah penawar..kami menangis sepanjang malam......biarlah apa dibicarakan disematkan didalam hati...

Air mataku terus mengalir melihat foto itu...memoriku kembali semula didalam fikiran...mahu sahaja ku robek gambar itu dan biarkan ia hilang bersama angin dan masa...itu sahaja foto yang aku masih ada...4 tahun sudah berlalu...tp memori itu masih kuat..hati tertanya adakah dia masih ingat segalanya???adakah aku masih dihatinya???atau cukuplah dia masih ingat memori kami berdua....atau cukuplah dia masih menyebut namaku...menandakan aku pernah wujud didalam hatinya..........

Sunday 25 September 2011

Apabila Cinta Sudah Selimuti Hati......



Kehadiran si dia didalam kehidupan aku umpama satu cahaya...satu harapan...satu pengorbanan...satu penderitaan...satu kebahagiaan...kini setiap detik nafasku hanya ada nama dia didalam hati..........puaslah insan disekelilingku memujuk dan menasihati untuk meninggalkan dia dengan sejuta alasan namun namanya umpama sudah menjadi roh didalam segenap hatiku....ku sebut namanya dengan seulas senyuman dibibirku...ku sebut namanya dengan rasa penuh kebahagian didalam jiwaku....namun ku harus akui,jiwaku sudah tertawan sejak mula diriku dipertemukan olehNya.. .kenapa mesti dia???? aku sendiri masih mencari jawapan...aku sudah puas memohon doa padaNya ''jika dialah yang mampu menggembirakan aku dekatkanlah aku dengannya...''  setiap masa semua  petanda diberikan umpama naluriku benar... hatiku yang selama ini keras umpama batu ini sudah dibukakan olehnya...sudah diusik olehnya....tiada kalimah cinta dari mulutnya...tiada kata puitis darinya...tapi tiap kali melihatnya hatiku bagaikan memaksa aku mendekatinya.... sudah puasku cuba menjauhkan diri namun aku bagaikan menipu jiwaku sendiri...kata-kata nasihatnya sentiasa dibawa didalam hati....hadiah yang diberikan olehnya aku sentiasa membawa kemana-mana...Oh Tuhan..kenapa mesti dia??? kenapa mesti insan yang sudah dihuni hatinya???adakah kerana Kau mahu mengujiku samada aku akan bertindak zalim kerana cinta???aku tidak tergamak Ya Allah melakukan perkara itu..kerana aku sangat percayakan hukum karma....namun Kau sudah menaburkan cintanya didalam hati aku...cinta yang tidak pernah dijangka..cinta yang aku sendiri tidak sangka....cinta yang membuatkan derita juga...benar,kumbang bukan seekor,tapi jiwaku sudah pada dia...temanku memberikan alasan batasan usia,bagiku biarlah..bukan salah kami dilahirkan usia yang jauh..kuharap kalau dia untukku...kembalikanlah dia kepadaku.......

Thursday 25 August 2011

Happy Birthday To Me..Sweet 24









Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to eliya...happy birthday to me...oooo...

wah dah 24 tahun dah aku sekarang????? masih ingat 10 tahun lalu aku berada didapur melihat jam didinding sebab nak mengira detik 12 malam nk usia 14 tahun..tak sangka dh lama berlalu..aiii..dah makin tua..

hati berderau bila dapat sms atau ucapan ''semoga cepat kahwin'' or ''selamat bertemu jodoh'' sebab mesti terdetik didalam hati ''ehhh..dah sampai masanya aku kahwin ke???huhuhu..takutnyer..'' tapi nk enjoy lagi sebab buat apa nak ada komitmen semata=mata orang dah bertanya betol tak..

aku memang cukup tertarik dengan kehidupan Maya Karin..bagi aku kehidupan dia adalah yang aku impikan selama ni...(kecuali yang dia bercerai arrr.....)  dia sangat independant and doing something great in her life..she travel a lot and always do something new..i love her so muchh...memang best kalau dapat hidup mcm dia dan ada skill yang dia ada pada diri dia..how her parents raise her very well ;))) dia bukan bimbo ar..kira aku dh 24 ni nak sangat hidup macam dia..

oh ye..semalam my sweet friend nurul hakimah belanja makan ayam penyet yang sangat sedap sebelum kelam kabut hantar dia ke stesen bus (dia hampir kene tinggal) hehehe..then dia text ayat sedih..bercucuran air mata masa baca..memang kami mcm soulmate asyik bersama je sepanjang di UNISEL..tiada apa yang aku harapkan kecuali hidup dengan penuh ketenangan dan kegembiraan..aminnnnnn..at least kalau dah kahwin pun,nak kenangkan zaman bujang amat indah sekali..

p/s:sangat seronok biler baca lelaki pujaan wish birthday...awwwww.....hahaha...


Hilangnya Seri Aidilfitri.....












Hai..lamanya tak menulis blog ni kan..rindu plak sampai jenuh nk key in password baru sebab dah lama tak bukak la pulak..sedar tak sedar tinggal 5 hari je lagi nk sambut hari raya..tahun ni cheq beraya di Utara..tahun ni. Kampung Paya,Kepala Batas yang dulu semasa zaman sekolah merupakan lubuk betapa indahnya hari raya disana..kalau dulu seminggu belum raya tak balik lagi dah macam nak terbakar jiwa memikirkan bestnya kalau dapat jumpa cousin and main basikal..lari2..buat kek pakai lumpur..mandi sekali dengan cousin and makan kuih cucuk neram yang memang wajib..

pagi2 raya dah cepat2 mandi sebab xsabar nak tunjuk baju raya dekat cousin and nak kutip duit raya..malam raya yang besar sibuk mengadap tv citer best,kami yang kecik sibuk main ais water dekat depan rumah sampai kene maki sebab memekak..tapi ye ah dah kata budak-budak,kalo duduk diam je x ada beza ar dengan orang tua..tol x..masa tu sangat meriah..masih terkenangkan suara mereka menjerit dan babak best adalah pasang lampu raya and of coz bunga api mana leh miss..

time tu kira hari kebebasan la nak buat apa pun papa dan mama xperasan sebab ramai sangat budakk..hehehe..so nak melompat dari atas tangga ke..nk baling pasir ke kereta orang ke..buat je..semua dikira halal la..hahahaha..

Pagi raya yang tidak mungkin kembali.......rindu sangat saat berbaris ikut adik beradik and keluarga bersalaman. masing2 kedengaran memohon maaf mcm berlumba suara siapa lagi kuat..bila dapat duit raya terus cepat2 keluar and kutip duir raya bersama sampai tengahari hitam legam muka panas..hehehe..walhal cuma dapat syiing banyak dalam RM40 je..time tu rasa banyak sebab duit berat..then berbaloi pakai baju raya sebab memang peluh sakan and kalau basuh xmembazir bil elektrik mesin basuh..hehehe..

Tapi semua tu dah tak ada.......semua yang ku sebut diatas sudah berubah..geng2 bermain ais water semua sudah dewasa,nak lari dalam rumah pun dah terhantuk dinding sebab tinggi,nak menjerit pun suara dah garau..nak mandi bersama......errr lagilah xsesuai...nak baling pasir kat kereta pun sekarang dh ada kereta sendiri..masing2 sudah dewasa malah ada yang sudah bekeluarga..ada yang sudah 5 tahun sudah tidak berjumpa masing-masing sudah ada kehidupan sendiri..hmmm andai rumah pusaka tok ini sudah tiada penghuninya satu hari nanti..tiada lagi istilah ''beraya dikampung'' wallahualam..Selamat Hari Raya Aidilfirti..




Saturday 18 June 2011

HAPPY FATHERS DAY..Memory with papa





hmmm..lamanya rasa tak menulis blog..tup..tup..dh hari bapa..bercerita hari bapa memang banyak kenangan indah pada aku,apatah lagi berbanding dengan mama,aku lebih rapat dengan papa..dialah musuh apabila bergaduh dan dialah tempat nak meminta sesuatu yang dimahukan apabila sudah berdamai..hehehe,,

kenangan dengan papa tak banyak sangat sebab dari kecik papa memang sangat jarang ada dirumah sbb tuntutan kerja.Namun bercerita tentang papa,mama selalu cakap sikap aku banyak sangat mewarisi dari dia espectually from negative side..hehehe..perangai aku yang keras kepala,kepala angin,panas baran,suka memberontak,suka cari pasal,cepat sensitif kebanyakkan daripada dia..cara mama ckp mcm dia perempuan melayu terakhir sangat je kan walhal dia pun sama naik sebenarnya..hahaha...itu sikap mama aku warisi iaitu EGO tak nak mengaku kalah..sorry ma,nobody perfect..dari dulu memandangkan kakak aku selalu x ada dirumah,so aku umpama anak tunggal perempuan kat umah so akulah Queen..cakap je apa yang aku nak hampir 80% akan papa penuhi tanpa budi bicara..almaklumlah,anak perempuan dia ni kalau x dapat apa yang dia nak mulalah tarik muka 44 yang akan membuatkan dia bengang.

aku dari kecik memang selalu sangat bertekak dengan mama,memang x pernah habis la kitaorang ni sampailah aku yang tunggu masa nak jadi bini orang ni..ada je ar isu aku ngan mama ni..dia suka pink..aku x suka pink..dia suka kasut flat..aku suka heels..dua2 xnak mengalah kalau bergaduh walau isu bodoh sampai papa cakap mujurlah umah aku x banyak perempuan.almaklumlah,dia nk masuk campur pun manalah dia tahu hal2 colour baju la..mekap la..so penyelesaiannya dia akan menangkan aku ler..mama la majuk akhirnya..wahahaha..(kalau mama baca mati den)..paling best kalau aku kuar dengan papa je then aku dapat kelebihan dari adik beradik yang lain,orang lain telan nasi kat umah.aku dengan bestnyer makan dekat hotel dengan desert terbaik didunia..apalagi aku ngan papa sah2 la MMS gambar kami kepada mereka..saje nk tuang minyak petrol dalam jiwa orang umah yang memang sedang terbakar..

mama selalu sangat mengadu papa selalu menangkan anak-anak terutama aku yang degil ni..tp nak wat mcm mana,dh papa sayang aku kot..xleh wat ape ar. ;p saat yang paling menyentuh perasaan aku adalah semasa hari nikah kakak aku tahun 2008. Masa tu pertama kali aku tengok dia sebak melepaskan anak dia selepas 27 tahun dia jaga bila sakit,dia bergaduh bila anak degil balik lewat,dia belanja makan best bila anak teringin nk mkn apa,dia pertahankan anak dia bila orang cari pasal..akhirnyer dia kene lepaskan pada menantu.

Tahun 2009 meninggalkan kenangan pahit diantara aku dan papa..masih terkenang 26 Disember 2009 yang merubah hubungan akrab kami.kalau boleh aku x nak kenangkan saat pahit yang terlalu emosi itu..semua aku abadikan didalam memori dan sanubari..kini hubungan kami kembali jernih..Ya Allah,tolonglah janganlah Kau duga dengan peristiwa itu lagi..disaat emosi dan kemarahan masing2 berada dikemuncak akhirnya kami hampir memutuskan ikatan anak beranak.. ;((( saat kami berbaik dan memohon maaf itu teramat pilu bagaikan roh yang selama ini meronta akhirnya mampu berdamai didalam jiwa..

To My papa..I love you so much..for me everyday is a Father's Day

Wednesday 1 June 2011

A New Idol..Wardina Saffiyah ;))




Wow..June 2011 finally muncul..mcm x percaya dh setengah tahun 2011..times goes fast..today,when my lectures said ''thank you for everything and im enjoyed teaching all of you'' then i realised that this semester dh habis..still rasa macam baru kenalkan diri in a first class..hehehe..Then balik take a short rest sambil baca artikel about Wardina Saffiyah. I admire her since I was 12 years old,and at that time I suka sangat dengan dia sebab she  look cute in Spanar Jaya and Hits Dari RIM..at that time she still with Yusry KRU..

Nowday I sangat kagum dengan insan bernama Wardina Saffiyah..I really hope that I can be like her one day because she truly muslimah idol for me. The way she explain why she wearing a hijab and her future planning make me so proud of her..The way she raise her children,buatkan I rasa suatu hari nanti memang nak anak dididik sama macam dia. Kata-kata dia,''Jangan cuma berhijab namun tidak bersolat..jangan cuma hijabkan aurat rambut tapi berusahalah hijabkan hati anda dari perasaan iri hati,busuk hati,dengki dan segala kekotoran perasaan..hijabkan fikiran anda dari perkara negatif dan syak wasangka dan hijabkan lidah anda dari terus menyelar kata-kata nista dan membuang masa'' terus ku semat didalam hati untuk dijadikan pedoman.

Susahnya nak mendidik jiwa dan hati ini kearah kebaikan,namun inilah yang dikatakan cabaran. Biarlah bermula dari bawah asalkan ada perasaan nak berubah daripada tak berubah lansung..Tidaklah terus nak jadi warak namun mahu latih diri ke arah kebaikan seperti yang mama sentiasa harapkan namun sampai sekarang I tak pernah menunaikan hanya kerana ego bersarang didalam hati. Insyaallah,walaupun sebagai hamba Allah yang sentiasa lalai dan lupa padaNya namun percaya Allah tidak pernah lupa pada hambaNya dan sentiasa membuka pintu taubat untuk kembali kepadaNya..harapan cuma sekelumit iaitu biarlah diri ini diambil nyawa yang menjadi rahsiaNya didalam keadaan yang diharapkan..Amin.........thanx kak Dina for wonderfull speech.

Friday 27 May 2011

Kad Jemputan Perkahwinan Tidak Diundang.







''El,Mr A**** got married''..the moment my friend saying that words,my world like turning to the end..I lost words..the memory that I still keep in my mind,my heart and my soul since 8 years ago like just happen yesterday..yes..a memory..a really bad memory..its a not a love story but about man yang pernah I panggilnya sebagai ''KAWAN'' or ''FRIEND''.who now the worst ENEMY I ever meet in my life..hell no..no..no..no.. I dont want to know about him again..ever..and ever..

My Friend show me his invitation card that he wrote ''El,please come to my wedding day,I need to talk to you'' that he gave to my friend behalf of him. Hell no..no..no..after 8 years,why now???why not last 8 years??should I wish him congratulations or wish u all the best with your wife??or should ask his wife to leave him??or should I this..should I that????Ya Allah,help me..but after sat for a while having some strawberry with chocolate, I became normal again..ok,El this the time that I should forgive him and move on..forgive does'nt mean we must be a bestfriend again and forgive is doesnt mean Im weak..

To Mr A**** ,Im sorry I wont come to your wedding days,and I dont want to know whatever from you again..but still from the bottom of my heart ''I WISH YOU ALL THE BEST''.Please do not destroy my life again because I had an amazing life without you ;))))


Thursday 26 May 2011

After 10 years looking for it..FINALLY..

Like A Dream..first time i read this book i was 14. Time tu I ada di asrama,like usual life in hostel on weekend pulak memang sangat membosankan kerana sentiasa mengadap buku akademik.My senior yang selama ni very talkative tetibe hari tu sangat diam. Apa sahaja ditanya cuma memberi respon kepala sahaja, itu pun dh cukup baik sebab most of the time,dia xkan berikan any respon. I was wondering whats going with her? Dengan badan i yang 8kg lebih kurus dari sekarang at that time, I terus panjat katil dia and found out what happen to her. I found out yang dia sangatlah leka baca buku ni but at that time,cover book dia amat lusuh and of course sebab buku ni ditulis tahun i dilahirkan (198.....) hehehe..Trust me,after this novel dh beralih tangan pada I,my world was totally change..Im totally not myself..I never interest of any malay books before but this books make me like a part of it..I keep carrying to class,mosque,toilet,canteen,field and wherever I go until i finished it..until my ustaz yg bagi tazkirah pun boleh stop and ask me to stop reading in front tousand student ;p walau malu,after 5 minutes ustaz started his tazkirah again,I sambung balik..sorry la Ustaz, Im more interested to Assad Effendi than u ;)) the devil must happy with me right..astagfirullalazim..

10 years i was keep looking this novel from every bookstore..but I lansung xjumpa..until I tetibe rasa nak google it and I FOUND IT..OMG...serius,walau dh lama xbaca i tetap ingat setiap dialog and perjalanan cerita,,I akan berusaha sampai lubang cacing mencari buku ni..wish me luck ;)))

This Is A Story About A Girl Name Elle ;))

Finally,i had my own blog and my blog will be my new BFF ;))