Tuesday 31 January 2012

ANUGERAH JUARA LAGU 26

HI everyone..wahhhh kangen banget mahu menulis disini dong..hahahaha..selama ni bukan xnak tulis tapi ntah,blog ni bengong..kadang-kadang dapat bukak,kadang2 xdapat plak..maybe blog pun ada mood kann..kali ni I nk share dengan u all pasal AJL 26 hari tu..Percaya x,kalau tgk gambar sure ramai orang ingat I ni peminat AJL kan,but yeah mmg btol tp honestly selain 3 SUARA (I LOVE YOU SHILA AMZAH) I tak tahu pun lagu apa lagi masukk..mula memang malas nk pegi tapi memikirkan rindu nk jumpa kawan lama 1 ''SAZANA AYOB'' and tension mengadap subject consultalcy aku redah jua saat terakhir..sebelum nk sampai ke stadium banyak betul dugaan yang ada..Saz kene period pain, MY BFF sakit kaki melayan customer dekat saloon aku plak mata xberapa nampak drive malam..huhuhu..but alhamdulillah..selamat pergi selamat balikk..


                                                     After almost 6 years,we meet again..miss u saz

After jumpa Saz and hug her,kitaorang terus masuk..the part is termasuk blue carpet ok dengan penampilan kami yang sempoi kena plak berjalan sebelah NEELOFA,DATIN NORJUMA and much more..hehehehe..well,biler lagi rasa nk poyo2 catwalk..so sepanjang berlansung AJL memang I pekik sekuat hati nak melepaskan tekanan kerja yang dh lama terbuku..ughhhh..lantaklah orang sbelah nk cakap apa..ada aku kisah??????nk diam2 duduk tgk kt umah la..hahahaha...tapi mcm xsangka jadi peminat Alya plak malam tu..semuanya kerana REMY ISHAK yang muncul xsampai 3 minit pun...OMGGGGGGGG...itulah klimaks I jerit and semua orang jerit sampai nk runtuh stadium...jatuh cinta lagii..so once Alya menang persembahan terbaik sekali lagi menjerit...''Mana Remy Ishak???naik sekali ar..'' sampai a few media pandang aku..wahahaha..but tgk live di stadium memang besttttt...tahniah Hafiz yang jadi juara..BTW my BFF ika jadi sewel ok,Hafiz menang sebab dia memang nk Hafiz menang..hahahaha..congrats BFF..










                                                 Wajah-wajah happy puas hati dapat bersorak AJL





 On the way nak kuar stadium ternampak someone familiar..rupenyer Datin Norjuma..Datin ok and kahwin ngan somebody pulak tu..the best part is dia cuma ditemani seorang pembantu je..tak da nk poyo2 bodyguard  ke apa mcm setengah artis yang aku jumpa..menangis bagai nk rak show kurang tapi bodyguard sampai 5-6 orang keliling..masa I mintak nk amik gambar dengan dia,dia terus ckp ok and siap dia salam I lagi ckp thanks..walhal I yang patut cakap..sempat tanya petua slim walau dh beranak dua..lagi slim dr I yang dara ni..hehehehe..orang dh cantik,pakai tudung bawal pun cantik kan dia..thanks Norjuma ;))









Part ni lawak skit..masa tu ngah lepak2 luar stadium lagi..tetibe ada ramai kerumun bahagian pintu kuar..I pun jalan dekat nk tengok sape then x nampak..siap ada yang duduk lagi...''aik sapa yang diaorang amik gambar ni??'' then ada seorang perempuan ni dukung sorang budak..lerrrr MIA SARA NASUHA rupenyerrr..serius,budak ni memang comel gilerrr..kalau dalam tv pun rasa nk cubit2 pipi dia,apatah lagi dekat depan2..tapi masa tu kesian,sampai nk dekat 20 orang dok pas2 dia berdukung dia and muka dia pun mcm mengantuk dh..dh pukul 12 malam kotttt..tp dia relax je orang dukung dia..lansung xbuat muka x selesa ke apa..maybe sebab kesian tgk dia asyik didukung sana sini..last bapak dia sendiri dukung..amik kau..hahaha...apapun harap sangat kalau ada anak perempuan dapat la kenenkan kecomelan dia dekat anak aku..huhuhuhu..amin3..
















 

Tuesday 17 January 2012

2012..NEW HOPE..NEW LOVE..NEW ME..NEW EVERYTHING ;))

Hi All..hope not too late nk wish HAPPY NEW YEAR TO ALL OF YOU..eventhought almost a week dh kita semua tunggak terbalik dalam tahun ni...hahaha..wah,cant believe it that 2011 already over..for me 2011 is AWESOME..thanx 2011,2012 be good ya to be ;)) perjalanan 2011 alhamdulillah, banyak meninggalkan kenangan yang cukup manis daripada pahit..ada perkara yang paling aku xsangka terjadi telah terjadi dan bagi aku perkara itu takkan aku luputkan dalam jiwa buat selamanya..well beginning of 2012,mcm biasa as a student kenalah mengadap assigment yang banyak dan azam pun xpenah updates..hehehehe..malas dh nk updates2..cuma nk kurangkan party skit tahun ni sebab usia sudah tidak mengizinkan sangat..mama ckp dh kene fokus ke arah alam perkahwinan.. huhuhu..hopefully nanti la sebab memang nk enjoy life dulu buat masa ni..kang kahwin dapat plak laki yang suh melekat kt umah jerk..menangis mak nyahhh ;((( well ini aktiviti 2012 aku..hahaha..PARTY ;P its ok kan sesekala...

THE BEGINNING OF 2012....

                                                Buck,,my BFF and Me..

Tuesday 25 October 2011

EAT..LOVE..PRAY..SINGLE LIFE ;))

Hiiiiii..wah semangat pulak nak menulis kali ini..setelah agak lama xmenjenguk blog ku ini,teringat lak..hehehe.. baca balik yang lepas2 mcm xpercaya jerk telah berjaya mengatasi masa yang sukar..hmm,tak mau sedih-sedih lagi la sebab semuanya aku ambil sebagai kenangan walau pahit untuk ditelan..sedangkan orang berkahwin pun bercerai,apatah lagi cuma bercinta..

Kini walau aku di single kembali,aku memang sangat HAPPY..serius memang aku HAPPY..tipulah kalau memori bersama si dia tidak pernah muncul kembali tapi tak mengapalah kalau dia muncul didalam memori..hehehe..aku memang terpikat dengan novel Eat..Pray..Love..itulah aku buat sekarang..Aku makan makanan yang paling aku suka dan mahu menikmati semua makanan halal yang orang cakap sedap,,pertama sekali aku buat adalah makan SUBWAY..walau orang lain mcm dh nk terjolok tekak makan benda alah ni,aku pertama kali mencuba dengan kawan aku Nurul Hakimah.Dia ni jenis on je makan mana-mana,xpenah berpantang makan,tapi pantang kalau x makan..hehehe..dia ajar aku makan SUBWAY..

EAT..Selama ni takut je nampak tembam atau gemuk,sekarang dh xpedulik..kalau kurus hati merana buat apa kan..lagipun aku bukan ada kontrak dengan mana-mana agensi modelling pun sampai nak kene diet.So apa rasa nak makan aku akan makan..sebut je KFC,MCD,PIZZA,BURGER KING,ASAM LAKSA,RED VELVET...semua aku bedal sampai perut cukup ketat..bila dh makan,mula la borak benda kelakar dan bergosip dengan kawan baik..,masa itu ketawa menjadi peneman setia..hati girang xterkira melupakan duka dan nestapa..hati yang terluka bagaikan disapu ubat perlahan-lahan.


Kehidupanku semakin berwarna semula..aku berseronok menikmati alam remajaku dan bujangku..biarlah berseronok kini sebelum memegang apa sahaja status..biarlah aku nk berseronok sampai pukul berapa..dengan siapa..mahu pakai macam mana..sekarang aku adalah raja kepada diri aku sendiri..let dance together..get on the dance floor..turn off the light...party was start.. ;)) kebebasan dahulu sudah ku miliki semula..bukanlah sebelum ini aku dikongkong cuma selama ini semua ku tinggalkan demi menjadi kekasih hati yang baik..tapi apa yang aku dapat???? kembali single je aku dapat..hehehehe...

PRAY..sebagai hambaNya aku akui sering terlalai namun kini berusaha untuk mendekatiNya semula. Mungkin kerana itu Dia menurunkan cabaran buatku supaya aku kembali kepadaNya..Nurul selalu menasihati aku menangislah pada Allah dan bercerita dengan Allah,rahsia kita akan tersimpan rapi walau apapun keadaan malah Allah sentiasa bersedia mendengar kerana Dia adalah Maha Mendengar. Segalanya ku curahkan kepadaNya malah Dia juga aku pohon penunjuk untuk memutuskan hubungan dahulu..bukan dia jodohku..


LOVE..aku kini belajar untuk menyintai diriku sendiri dan menyintai orang yang menyayangi diriku seadanya..aku ubah dirinya yang tidak elok dan pelbaiki mana yang kurang kerana diriku hanya aku sahaja yang mampu membantu..apapun harap menemui cinta sejati kelak.Amin

Thursday 6 October 2011

I''ll Be Back Or No Turning Back????



Jam sudah menunjukkan jam 3.30 pm..aku melabuhkan badan kepenatan..dah 3 hari demam..mata memandang bumbung...fikiranku kosong...badan mula merasa dingin melihat tingkap umpama mengalukan kehadiran angin.. Terus aku bangun dan cuba menarik tingkap. Semasa mahu kembali baring aku ternampak sekeping foto aku bersama guru bahasa inggeris tingkatan 4 dari USA terjatuh diatas lantai.. ku kutip dan cuba mencari albumnya semula..bila sudah jumpa aku menyelak satu persatu foto yang ada..hati dicuit rasa lucu melihat wajah zaman sekolah dahulu...mak ai,muka aku cukup innocent dengan t-shirt dan seluar sukan sahaja..mekap????huh??xknal lansung pun.lepas mandi boleh terus keluar sahaja tanpa memikirkan penampilan...

Tanganku terus menyelak satu persatu sehingga muncul sekeping foto aku bersama seseorang jejaka.Aku memakai vest putih dan si dia disampingku menghulurkan senyuman mahalnya..wajahku semasa itu turut menguntumkan senyuman manis..senyuman yang cukup bahagia menanda hati sedang bahagia bersama sang pujangga...memori aku terus melayang bagaikan kembali ke saat foto itu diambil.Ingatanku jelas kembali ke 2009 pada masa itu.

Aku baru 2 hari kembali ke Malaysia setelah hampir 2 minggu berada di Perancis. Bau Eiffel Tower juga masih segar diaromaku..malam itu aku berada dirumah sewaku cuma berehat..aku mendengar lagu kegemaranku ''bahasa kalbu'' dari TT DJ. Tiba-tiba hp aku berbunyi lagu Allif Aziz ''Sayang-Sayang'' terus terpampang nama si dia..senyuman terukir lalu menjawab panggilannya. Dia mengajak aku makan dan aku terus bersetuju kerana sudah pastilah makan malam bersama insan dicintai amat sedap dan indah sekali walaupun menu cuma sandwich dan diet coke..tanpa berfikir panjang aku terus mencapai vest putih milik temanku kerana itu sahaja yang terdekat..walaupun agak seksi,aku pakai aje sebab malas nk mencari yang lain dh..aku tahu dia pasti akan mengerling panas ke arah aku nanti kerana dia cukup tak suka aku pakai baju yang lelaki berminat memandang...hehehe...

Jam sudah 8.30 malam,kereta Kelisa miliknya tiba..masih ku ingat t-shirt hitam yang dipakai adalah hadiah dariku..senyumannya menyambut aku. Didalam kereta dia cuma mendiamkan diri,apa sahaja yang aku bebelkan dia cuma menggangguk tanpa memberi sebarang jawapan..akhirnya aku merajuk kerana umpama bercakap sendirian..aku bertanya pada dirinya mahu makan dimana pun dia cuma mendiamkan diri..aku pelik..''apahal la mamat ni,,menyesal aku kuar..tido lagi bagus''..suasana didalam kereta sepi..dia terus memandu laju memasuki kawasan apartmentnya..hati aku terdetik,untuk apa dia membawa aku ke apartment dia??hati diusik bimbang...apabila sudah parking kereta,dia turun membukakan pintu untuk aku..       

''I need to get my stuff,u want to follow or just sit in the car?''aku terus berdiam,masih merajuk..dia tersenyum dan menarik tangan aku lembut turun dari kereta..aku cuma ikut tanpa membantah..Dia masuk kerumah sendirian dan aku menanti diluar kerana dia cuma cakap sebentar sahaja..15 minit menanti aku menjengah kedalam rumah..sepi...aku memanggil tiada jawapan...hati dicuit bimbang...aku melangkah masuk tergesa-gesa.Belum sempat aku memanggil namanya semula,ternampak meja makan dihias indah..walaupun cuma simple tapi cukup comel..rupanya dia sudah menyediakan kejutan buatku..tiada sebarang hari istemewa cuma mahu meraikan aku sahaja kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama..itulah juadah yang paling enak pernah kurasa..juadah yang aku nikmati dengan penuh rasa cinta..

Malam itu umpama hari kami berdua..menikmati makanan enak,bergurau senda,aku ketawa sehingga tiada titisan kesedihan bersisa didalam hati...aku memandang jam sudah 5am..aku memohon diri untuk pulang..dia terus mendiamkan diri,tanganku digenggam erat umpama tidak mahu melepaskan aku..aku bertanya dia terus membisa,.segala keceriaan diwajahnya sepanjang malam bertukar sekelip mata..dengan wajah berat dia meluahkan pada aku..air matanya mula bergenang....''I will going to United Stated tomorrow..I will come back after 4 years..''..hilang kata-kataku sebentar...aku cuma menenangkan walau hatiku sendiri tidak tenang..''No..no..listen..we have to move on..long distance relationship is not for me..and is not for u too..is not for us..''.Akhirnya malam itu menjadi titik noktah buat kami......malam yang ku sangkakan manis rupanya bukanlah penawar..kami menangis sepanjang malam......biarlah apa dibicarakan disematkan didalam hati...

Air mataku terus mengalir melihat foto itu...memoriku kembali semula didalam fikiran...mahu sahaja ku robek gambar itu dan biarkan ia hilang bersama angin dan masa...itu sahaja foto yang aku masih ada...4 tahun sudah berlalu...tp memori itu masih kuat..hati tertanya adakah dia masih ingat segalanya???adakah aku masih dihatinya???atau cukuplah dia masih ingat memori kami berdua....atau cukuplah dia masih menyebut namaku...menandakan aku pernah wujud didalam hatinya..........

Sunday 25 September 2011

Apabila Cinta Sudah Selimuti Hati......



Kehadiran si dia didalam kehidupan aku umpama satu cahaya...satu harapan...satu pengorbanan...satu penderitaan...satu kebahagiaan...kini setiap detik nafasku hanya ada nama dia didalam hati..........puaslah insan disekelilingku memujuk dan menasihati untuk meninggalkan dia dengan sejuta alasan namun namanya umpama sudah menjadi roh didalam segenap hatiku....ku sebut namanya dengan seulas senyuman dibibirku...ku sebut namanya dengan rasa penuh kebahagian didalam jiwaku....namun ku harus akui,jiwaku sudah tertawan sejak mula diriku dipertemukan olehNya.. .kenapa mesti dia???? aku sendiri masih mencari jawapan...aku sudah puas memohon doa padaNya ''jika dialah yang mampu menggembirakan aku dekatkanlah aku dengannya...''  setiap masa semua  petanda diberikan umpama naluriku benar... hatiku yang selama ini keras umpama batu ini sudah dibukakan olehnya...sudah diusik olehnya....tiada kalimah cinta dari mulutnya...tiada kata puitis darinya...tapi tiap kali melihatnya hatiku bagaikan memaksa aku mendekatinya.... sudah puasku cuba menjauhkan diri namun aku bagaikan menipu jiwaku sendiri...kata-kata nasihatnya sentiasa dibawa didalam hati....hadiah yang diberikan olehnya aku sentiasa membawa kemana-mana...Oh Tuhan..kenapa mesti dia??? kenapa mesti insan yang sudah dihuni hatinya???adakah kerana Kau mahu mengujiku samada aku akan bertindak zalim kerana cinta???aku tidak tergamak Ya Allah melakukan perkara itu..kerana aku sangat percayakan hukum karma....namun Kau sudah menaburkan cintanya didalam hati aku...cinta yang tidak pernah dijangka..cinta yang aku sendiri tidak sangka....cinta yang membuatkan derita juga...benar,kumbang bukan seekor,tapi jiwaku sudah pada dia...temanku memberikan alasan batasan usia,bagiku biarlah..bukan salah kami dilahirkan usia yang jauh..kuharap kalau dia untukku...kembalikanlah dia kepadaku.......

Thursday 25 August 2011

Happy Birthday To Me..Sweet 24









Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to eliya...happy birthday to me...oooo...

wah dah 24 tahun dah aku sekarang????? masih ingat 10 tahun lalu aku berada didapur melihat jam didinding sebab nak mengira detik 12 malam nk usia 14 tahun..tak sangka dh lama berlalu..aiii..dah makin tua..

hati berderau bila dapat sms atau ucapan ''semoga cepat kahwin'' or ''selamat bertemu jodoh'' sebab mesti terdetik didalam hati ''ehhh..dah sampai masanya aku kahwin ke???huhuhu..takutnyer..'' tapi nk enjoy lagi sebab buat apa nak ada komitmen semata=mata orang dah bertanya betol tak..

aku memang cukup tertarik dengan kehidupan Maya Karin..bagi aku kehidupan dia adalah yang aku impikan selama ni...(kecuali yang dia bercerai arrr.....)  dia sangat independant and doing something great in her life..she travel a lot and always do something new..i love her so muchh...memang best kalau dapat hidup mcm dia dan ada skill yang dia ada pada diri dia..how her parents raise her very well ;))) dia bukan bimbo ar..kira aku dh 24 ni nak sangat hidup macam dia..

oh ye..semalam my sweet friend nurul hakimah belanja makan ayam penyet yang sangat sedap sebelum kelam kabut hantar dia ke stesen bus (dia hampir kene tinggal) hehehe..then dia text ayat sedih..bercucuran air mata masa baca..memang kami mcm soulmate asyik bersama je sepanjang di UNISEL..tiada apa yang aku harapkan kecuali hidup dengan penuh ketenangan dan kegembiraan..aminnnnnn..at least kalau dah kahwin pun,nak kenangkan zaman bujang amat indah sekali..

p/s:sangat seronok biler baca lelaki pujaan wish birthday...awwwww.....hahaha...


Hilangnya Seri Aidilfitri.....












Hai..lamanya tak menulis blog ni kan..rindu plak sampai jenuh nk key in password baru sebab dah lama tak bukak la pulak..sedar tak sedar tinggal 5 hari je lagi nk sambut hari raya..tahun ni cheq beraya di Utara..tahun ni. Kampung Paya,Kepala Batas yang dulu semasa zaman sekolah merupakan lubuk betapa indahnya hari raya disana..kalau dulu seminggu belum raya tak balik lagi dah macam nak terbakar jiwa memikirkan bestnya kalau dapat jumpa cousin and main basikal..lari2..buat kek pakai lumpur..mandi sekali dengan cousin and makan kuih cucuk neram yang memang wajib..

pagi2 raya dah cepat2 mandi sebab xsabar nak tunjuk baju raya dekat cousin and nak kutip duit raya..malam raya yang besar sibuk mengadap tv citer best,kami yang kecik sibuk main ais water dekat depan rumah sampai kene maki sebab memekak..tapi ye ah dah kata budak-budak,kalo duduk diam je x ada beza ar dengan orang tua..tol x..masa tu sangat meriah..masih terkenangkan suara mereka menjerit dan babak best adalah pasang lampu raya and of coz bunga api mana leh miss..

time tu kira hari kebebasan la nak buat apa pun papa dan mama xperasan sebab ramai sangat budakk..hehehe..so nak melompat dari atas tangga ke..nk baling pasir ke kereta orang ke..buat je..semua dikira halal la..hahahaha..

Pagi raya yang tidak mungkin kembali.......rindu sangat saat berbaris ikut adik beradik and keluarga bersalaman. masing2 kedengaran memohon maaf mcm berlumba suara siapa lagi kuat..bila dapat duit raya terus cepat2 keluar and kutip duir raya bersama sampai tengahari hitam legam muka panas..hehehe..walhal cuma dapat syiing banyak dalam RM40 je..time tu rasa banyak sebab duit berat..then berbaloi pakai baju raya sebab memang peluh sakan and kalau basuh xmembazir bil elektrik mesin basuh..hehehe..

Tapi semua tu dah tak ada.......semua yang ku sebut diatas sudah berubah..geng2 bermain ais water semua sudah dewasa,nak lari dalam rumah pun dah terhantuk dinding sebab tinggi,nak menjerit pun suara dah garau..nak mandi bersama......errr lagilah xsesuai...nak baling pasir kat kereta pun sekarang dh ada kereta sendiri..masing2 sudah dewasa malah ada yang sudah bekeluarga..ada yang sudah 5 tahun sudah tidak berjumpa masing-masing sudah ada kehidupan sendiri..hmmm andai rumah pusaka tok ini sudah tiada penghuninya satu hari nanti..tiada lagi istilah ''beraya dikampung'' wallahualam..Selamat Hari Raya Aidilfirti..