Thursday 6 October 2011

I''ll Be Back Or No Turning Back????



Jam sudah menunjukkan jam 3.30 pm..aku melabuhkan badan kepenatan..dah 3 hari demam..mata memandang bumbung...fikiranku kosong...badan mula merasa dingin melihat tingkap umpama mengalukan kehadiran angin.. Terus aku bangun dan cuba menarik tingkap. Semasa mahu kembali baring aku ternampak sekeping foto aku bersama guru bahasa inggeris tingkatan 4 dari USA terjatuh diatas lantai.. ku kutip dan cuba mencari albumnya semula..bila sudah jumpa aku menyelak satu persatu foto yang ada..hati dicuit rasa lucu melihat wajah zaman sekolah dahulu...mak ai,muka aku cukup innocent dengan t-shirt dan seluar sukan sahaja..mekap????huh??xknal lansung pun.lepas mandi boleh terus keluar sahaja tanpa memikirkan penampilan...

Tanganku terus menyelak satu persatu sehingga muncul sekeping foto aku bersama seseorang jejaka.Aku memakai vest putih dan si dia disampingku menghulurkan senyuman mahalnya..wajahku semasa itu turut menguntumkan senyuman manis..senyuman yang cukup bahagia menanda hati sedang bahagia bersama sang pujangga...memori aku terus melayang bagaikan kembali ke saat foto itu diambil.Ingatanku jelas kembali ke 2009 pada masa itu.

Aku baru 2 hari kembali ke Malaysia setelah hampir 2 minggu berada di Perancis. Bau Eiffel Tower juga masih segar diaromaku..malam itu aku berada dirumah sewaku cuma berehat..aku mendengar lagu kegemaranku ''bahasa kalbu'' dari TT DJ. Tiba-tiba hp aku berbunyi lagu Allif Aziz ''Sayang-Sayang'' terus terpampang nama si dia..senyuman terukir lalu menjawab panggilannya. Dia mengajak aku makan dan aku terus bersetuju kerana sudah pastilah makan malam bersama insan dicintai amat sedap dan indah sekali walaupun menu cuma sandwich dan diet coke..tanpa berfikir panjang aku terus mencapai vest putih milik temanku kerana itu sahaja yang terdekat..walaupun agak seksi,aku pakai aje sebab malas nk mencari yang lain dh..aku tahu dia pasti akan mengerling panas ke arah aku nanti kerana dia cukup tak suka aku pakai baju yang lelaki berminat memandang...hehehe...

Jam sudah 8.30 malam,kereta Kelisa miliknya tiba..masih ku ingat t-shirt hitam yang dipakai adalah hadiah dariku..senyumannya menyambut aku. Didalam kereta dia cuma mendiamkan diri,apa sahaja yang aku bebelkan dia cuma menggangguk tanpa memberi sebarang jawapan..akhirnya aku merajuk kerana umpama bercakap sendirian..aku bertanya pada dirinya mahu makan dimana pun dia cuma mendiamkan diri..aku pelik..''apahal la mamat ni,,menyesal aku kuar..tido lagi bagus''..suasana didalam kereta sepi..dia terus memandu laju memasuki kawasan apartmentnya..hati aku terdetik,untuk apa dia membawa aku ke apartment dia??hati diusik bimbang...apabila sudah parking kereta,dia turun membukakan pintu untuk aku..       

''I need to get my stuff,u want to follow or just sit in the car?''aku terus berdiam,masih merajuk..dia tersenyum dan menarik tangan aku lembut turun dari kereta..aku cuma ikut tanpa membantah..Dia masuk kerumah sendirian dan aku menanti diluar kerana dia cuma cakap sebentar sahaja..15 minit menanti aku menjengah kedalam rumah..sepi...aku memanggil tiada jawapan...hati dicuit bimbang...aku melangkah masuk tergesa-gesa.Belum sempat aku memanggil namanya semula,ternampak meja makan dihias indah..walaupun cuma simple tapi cukup comel..rupanya dia sudah menyediakan kejutan buatku..tiada sebarang hari istemewa cuma mahu meraikan aku sahaja kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama..itulah juadah yang paling enak pernah kurasa..juadah yang aku nikmati dengan penuh rasa cinta..

Malam itu umpama hari kami berdua..menikmati makanan enak,bergurau senda,aku ketawa sehingga tiada titisan kesedihan bersisa didalam hati...aku memandang jam sudah 5am..aku memohon diri untuk pulang..dia terus mendiamkan diri,tanganku digenggam erat umpama tidak mahu melepaskan aku..aku bertanya dia terus membisa,.segala keceriaan diwajahnya sepanjang malam bertukar sekelip mata..dengan wajah berat dia meluahkan pada aku..air matanya mula bergenang....''I will going to United Stated tomorrow..I will come back after 4 years..''..hilang kata-kataku sebentar...aku cuma menenangkan walau hatiku sendiri tidak tenang..''No..no..listen..we have to move on..long distance relationship is not for me..and is not for u too..is not for us..''.Akhirnya malam itu menjadi titik noktah buat kami......malam yang ku sangkakan manis rupanya bukanlah penawar..kami menangis sepanjang malam......biarlah apa dibicarakan disematkan didalam hati...

Air mataku terus mengalir melihat foto itu...memoriku kembali semula didalam fikiran...mahu sahaja ku robek gambar itu dan biarkan ia hilang bersama angin dan masa...itu sahaja foto yang aku masih ada...4 tahun sudah berlalu...tp memori itu masih kuat..hati tertanya adakah dia masih ingat segalanya???adakah aku masih dihatinya???atau cukuplah dia masih ingat memori kami berdua....atau cukuplah dia masih menyebut namaku...menandakan aku pernah wujud didalam hatinya..........

No comments:

Post a Comment