Tuesday 25 October 2011

EAT..LOVE..PRAY..SINGLE LIFE ;))

Hiiiiii..wah semangat pulak nak menulis kali ini..setelah agak lama xmenjenguk blog ku ini,teringat lak..hehehe.. baca balik yang lepas2 mcm xpercaya jerk telah berjaya mengatasi masa yang sukar..hmm,tak mau sedih-sedih lagi la sebab semuanya aku ambil sebagai kenangan walau pahit untuk ditelan..sedangkan orang berkahwin pun bercerai,apatah lagi cuma bercinta..

Kini walau aku di single kembali,aku memang sangat HAPPY..serius memang aku HAPPY..tipulah kalau memori bersama si dia tidak pernah muncul kembali tapi tak mengapalah kalau dia muncul didalam memori..hehehe..aku memang terpikat dengan novel Eat..Pray..Love..itulah aku buat sekarang..Aku makan makanan yang paling aku suka dan mahu menikmati semua makanan halal yang orang cakap sedap,,pertama sekali aku buat adalah makan SUBWAY..walau orang lain mcm dh nk terjolok tekak makan benda alah ni,aku pertama kali mencuba dengan kawan aku Nurul Hakimah.Dia ni jenis on je makan mana-mana,xpenah berpantang makan,tapi pantang kalau x makan..hehehe..dia ajar aku makan SUBWAY..

EAT..Selama ni takut je nampak tembam atau gemuk,sekarang dh xpedulik..kalau kurus hati merana buat apa kan..lagipun aku bukan ada kontrak dengan mana-mana agensi modelling pun sampai nak kene diet.So apa rasa nak makan aku akan makan..sebut je KFC,MCD,PIZZA,BURGER KING,ASAM LAKSA,RED VELVET...semua aku bedal sampai perut cukup ketat..bila dh makan,mula la borak benda kelakar dan bergosip dengan kawan baik..,masa itu ketawa menjadi peneman setia..hati girang xterkira melupakan duka dan nestapa..hati yang terluka bagaikan disapu ubat perlahan-lahan.


Kehidupanku semakin berwarna semula..aku berseronok menikmati alam remajaku dan bujangku..biarlah berseronok kini sebelum memegang apa sahaja status..biarlah aku nk berseronok sampai pukul berapa..dengan siapa..mahu pakai macam mana..sekarang aku adalah raja kepada diri aku sendiri..let dance together..get on the dance floor..turn off the light...party was start.. ;)) kebebasan dahulu sudah ku miliki semula..bukanlah sebelum ini aku dikongkong cuma selama ini semua ku tinggalkan demi menjadi kekasih hati yang baik..tapi apa yang aku dapat???? kembali single je aku dapat..hehehehe...

PRAY..sebagai hambaNya aku akui sering terlalai namun kini berusaha untuk mendekatiNya semula. Mungkin kerana itu Dia menurunkan cabaran buatku supaya aku kembali kepadaNya..Nurul selalu menasihati aku menangislah pada Allah dan bercerita dengan Allah,rahsia kita akan tersimpan rapi walau apapun keadaan malah Allah sentiasa bersedia mendengar kerana Dia adalah Maha Mendengar. Segalanya ku curahkan kepadaNya malah Dia juga aku pohon penunjuk untuk memutuskan hubungan dahulu..bukan dia jodohku..


LOVE..aku kini belajar untuk menyintai diriku sendiri dan menyintai orang yang menyayangi diriku seadanya..aku ubah dirinya yang tidak elok dan pelbaiki mana yang kurang kerana diriku hanya aku sahaja yang mampu membantu..apapun harap menemui cinta sejati kelak.Amin

Thursday 6 October 2011

I''ll Be Back Or No Turning Back????



Jam sudah menunjukkan jam 3.30 pm..aku melabuhkan badan kepenatan..dah 3 hari demam..mata memandang bumbung...fikiranku kosong...badan mula merasa dingin melihat tingkap umpama mengalukan kehadiran angin.. Terus aku bangun dan cuba menarik tingkap. Semasa mahu kembali baring aku ternampak sekeping foto aku bersama guru bahasa inggeris tingkatan 4 dari USA terjatuh diatas lantai.. ku kutip dan cuba mencari albumnya semula..bila sudah jumpa aku menyelak satu persatu foto yang ada..hati dicuit rasa lucu melihat wajah zaman sekolah dahulu...mak ai,muka aku cukup innocent dengan t-shirt dan seluar sukan sahaja..mekap????huh??xknal lansung pun.lepas mandi boleh terus keluar sahaja tanpa memikirkan penampilan...

Tanganku terus menyelak satu persatu sehingga muncul sekeping foto aku bersama seseorang jejaka.Aku memakai vest putih dan si dia disampingku menghulurkan senyuman mahalnya..wajahku semasa itu turut menguntumkan senyuman manis..senyuman yang cukup bahagia menanda hati sedang bahagia bersama sang pujangga...memori aku terus melayang bagaikan kembali ke saat foto itu diambil.Ingatanku jelas kembali ke 2009 pada masa itu.

Aku baru 2 hari kembali ke Malaysia setelah hampir 2 minggu berada di Perancis. Bau Eiffel Tower juga masih segar diaromaku..malam itu aku berada dirumah sewaku cuma berehat..aku mendengar lagu kegemaranku ''bahasa kalbu'' dari TT DJ. Tiba-tiba hp aku berbunyi lagu Allif Aziz ''Sayang-Sayang'' terus terpampang nama si dia..senyuman terukir lalu menjawab panggilannya. Dia mengajak aku makan dan aku terus bersetuju kerana sudah pastilah makan malam bersama insan dicintai amat sedap dan indah sekali walaupun menu cuma sandwich dan diet coke..tanpa berfikir panjang aku terus mencapai vest putih milik temanku kerana itu sahaja yang terdekat..walaupun agak seksi,aku pakai aje sebab malas nk mencari yang lain dh..aku tahu dia pasti akan mengerling panas ke arah aku nanti kerana dia cukup tak suka aku pakai baju yang lelaki berminat memandang...hehehe...

Jam sudah 8.30 malam,kereta Kelisa miliknya tiba..masih ku ingat t-shirt hitam yang dipakai adalah hadiah dariku..senyumannya menyambut aku. Didalam kereta dia cuma mendiamkan diri,apa sahaja yang aku bebelkan dia cuma menggangguk tanpa memberi sebarang jawapan..akhirnya aku merajuk kerana umpama bercakap sendirian..aku bertanya pada dirinya mahu makan dimana pun dia cuma mendiamkan diri..aku pelik..''apahal la mamat ni,,menyesal aku kuar..tido lagi bagus''..suasana didalam kereta sepi..dia terus memandu laju memasuki kawasan apartmentnya..hati aku terdetik,untuk apa dia membawa aku ke apartment dia??hati diusik bimbang...apabila sudah parking kereta,dia turun membukakan pintu untuk aku..       

''I need to get my stuff,u want to follow or just sit in the car?''aku terus berdiam,masih merajuk..dia tersenyum dan menarik tangan aku lembut turun dari kereta..aku cuma ikut tanpa membantah..Dia masuk kerumah sendirian dan aku menanti diluar kerana dia cuma cakap sebentar sahaja..15 minit menanti aku menjengah kedalam rumah..sepi...aku memanggil tiada jawapan...hati dicuit bimbang...aku melangkah masuk tergesa-gesa.Belum sempat aku memanggil namanya semula,ternampak meja makan dihias indah..walaupun cuma simple tapi cukup comel..rupanya dia sudah menyediakan kejutan buatku..tiada sebarang hari istemewa cuma mahu meraikan aku sahaja kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama..itulah juadah yang paling enak pernah kurasa..juadah yang aku nikmati dengan penuh rasa cinta..

Malam itu umpama hari kami berdua..menikmati makanan enak,bergurau senda,aku ketawa sehingga tiada titisan kesedihan bersisa didalam hati...aku memandang jam sudah 5am..aku memohon diri untuk pulang..dia terus mendiamkan diri,tanganku digenggam erat umpama tidak mahu melepaskan aku..aku bertanya dia terus membisa,.segala keceriaan diwajahnya sepanjang malam bertukar sekelip mata..dengan wajah berat dia meluahkan pada aku..air matanya mula bergenang....''I will going to United Stated tomorrow..I will come back after 4 years..''..hilang kata-kataku sebentar...aku cuma menenangkan walau hatiku sendiri tidak tenang..''No..no..listen..we have to move on..long distance relationship is not for me..and is not for u too..is not for us..''.Akhirnya malam itu menjadi titik noktah buat kami......malam yang ku sangkakan manis rupanya bukanlah penawar..kami menangis sepanjang malam......biarlah apa dibicarakan disematkan didalam hati...

Air mataku terus mengalir melihat foto itu...memoriku kembali semula didalam fikiran...mahu sahaja ku robek gambar itu dan biarkan ia hilang bersama angin dan masa...itu sahaja foto yang aku masih ada...4 tahun sudah berlalu...tp memori itu masih kuat..hati tertanya adakah dia masih ingat segalanya???adakah aku masih dihatinya???atau cukuplah dia masih ingat memori kami berdua....atau cukuplah dia masih menyebut namaku...menandakan aku pernah wujud didalam hatinya..........